Wednesday, April 28, 2010

Rutin Baru

Persiapan awal:
Semalam aku telah mendapat SMS daripada cikgu Ct meminta ku melapor diri awal sekiranya sudah free wpun date rasmi aku diberitahu mule kerja sblum ini adalah 3 May 2010...kebetulan mmg smlm aku free..maka selepas habis kelas (3.30), aku dtg ke sana dan berbual2 serta mengambil jadual dan buku2 yg sepatutnye..dan aku bersetuju utk bermula awal...

Harini waktunya tiba..aku bergelar pendidik kepada anak2 cilik..langkahku pagi ini agak kekok pd mulanya, namun sebaik tiba di Sekolah Rendah Integrasi Ibnu Sina (SRIIS), 'jiwa'ku ke arah itu hadir, aku berjaya meliukkan rentak sebagaimana guru-guru di situ..syukur, aku betul2 merasai se1 yg aku mmg cari dan aku tunggu.. meskipun targetku bukan selama2nya di sini, aku memasang niat utk bersungguh2 ikut kemampuanku, pengalaman perlu dicari, dan aku akan jadikan tmpat ini utkku bermule sbg bekalan cabaran yg nyatanya lebih hebat akan datang..syukur Ya Allah, moge Kau terus beriku kekuatan untuk kuharunginya..

Thursday, March 25, 2010

Keputusan besar telah kubuat hari ini

24 Mac 2010 - aku nekad memutuskan se1 lalu menghantar se1.
25 Mac 2010 - aku menghadiri se1 dan mendapat lagi se1.

1 month ahead from now - aku ingin menyaksikan result atas sekelian se1 yg telah kulalui..
..moge petunjukMu yang kuyakini adalah yg terbaik...amiin...

Monday, January 4, 2010

Hari pertama anak buah melangkah ke Darjah 1

Kalini kepingin nak kongsi 1 kisah, anak saudaraku bernama Ahmad Khafizi. Sebelum cerita lebih lanjut, sedikit perkenalan ttg dirinya...berumur 7 tahun di 2010 ini, sebelumnya bertadika di Tadika Rizwani di Jln TKP 16, Tmn Kantan Permai Kjg. Dia ini budak lelaki yg luarbiase tahap perkembangannya, agak hyperaktif, lmbt matang, cakap pun masih pelat. Mule melangkah ke tadika pd usia 6thn, dikira lewat berbanding anak2 lain yg mungkin sudah ke tadika seawal 4 thn lagi. Dan kami skluarge bimbang akan kebolehan membaca n memahami arahan cikgu2nya sewaktu di sekolah dulu..tp berkat usaha 'latihtubipaksarela' yg ditekankan oleh abah+mamanya, alhamdulillah, di hujung 2009 ahmad dh boleh baca n buat kira-kira mudah (syukur sgt)...mgu lepas, sblum masuk skolah, style kemasukan Tahun 1 perlu duduki 1 ujian saringan khas bg menentukan kelas mngikut tahap kecerdikan. Maka dengan suspennya kami nak tahu duduk kelas manela si Ahmad ni bile bukak skolah nanti..

4 Jan 2010-Hari di nanti tiba jue..Ahmad dibangunkan seawal 7.10 pagi, berteriak melolong la jugak die...tp sempat die request sarapan lempeng a.k.a pancake.. aku pun turut sama 'bergotong-royong' pagi itu memantau abg n kakak si ahmad ni..mrk pun ke skol jugak. Luqman Ting 3, Diyana Darjh 3..(hmm, mencabarnye jd ibu ayah pada anak2 sndiri yg kian membesar camni nanti-masaku akan tibe jue, ckup sediakah??)

Mlm setelah pulang dari rutin kerjaku...
Kakak, camne ahmad siang td? he, sambil duduk bersila mndengar cerita. pagi tu mama n abah ahmad temankan mase Q kat skolah, bile cek name, syukur sgt2, cek punye cek, tunggu punye tunggu, name ahmad dipanggil masuk kelas ke-4 (1 Cemerlang) di SK Kantan Permai yg kira2 2 minit menunggang motosikal dari rumah di Jln TKP 16..semuanya ade 6 kelas.. Mujur sgt, ktrg harap sgt die bukan kelas last. maksudnye Ahmad cukup hebat untuk level keupayaan dia setakat ini. Namun kakak berkali2 juga ingatkan dia nama kelas. Yang menghiburkan tu, memule kakak ade tanye , "ahmad kelas ape?".. Ahmad jawab, "1 Belang", dek kepelatannya yg masih blom hilang tu...terbahak2 ktrg ktawe..sian die...pg td aku test tanye, die jwb dgn diam berfikir sebentar," 1 Ceberlang"...okla tu, elok sket dari bunyi si belang smlm..hehe..

GOOD LUCK untuk sesi persekolahanmu, AHMAD KHAFIZI!!!Acik khai a.k.a kika(loghat pelat die) doakan ahmad terus Sukses n jd lebey baik dari hari ke hari!! Amiin...

..Bisikan memujuk, pendamai rajuk..

Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu,
Bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu,
Bersangka baiklah dengan Allah dalam apa jua keadaan,
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya.

Ya Allah, moga Kau terus2an beriku kekuatan!

Monday, December 28, 2009

Bicara bersahabat



Seorang anak muda berkata, bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan. .
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

((Tmn2Syurga))

Thursday, December 3, 2009

Halwa telinga


MusicPlaylist
MySpace Music Playlist at MixPod.com

Doa - My Weapon!

Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan namaMu yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…

Inilah lafaz mulia yang aku jadikan ia suis pembuka dlm setiap kerja baik yang kulakukan..memang adakalanya terlupe untuk baca…tetapi akan ku disiplinkan diri untuk mengamalkannya…

Aku yakin dengan doa..Allah S.W.T Maha Mendengar, Maha ‘Alert’ dengan Hamba2Nya yang selalu ‘Refer’ kepadaNya…Jgn disalahkan sesiapa jikalau terasa diri jauh dariNya…bukan Dia yang jauh, tapi kekadang kita yang alpa menjaukan diri daripadaNya secara sengaja atau tidak…

Menghadapi sebarang kemungkinan
Ya Allah, bersihkan diriku drpd kehinaan..
Berilah kesabaran kepadaku untuk menerima segala ketentuan..
Berilah kemampuan kepadaku untuk sentiasa bertaqwa kepadaMu…

Mohon perlindungan
Ya Allah, jgn aku dihukum disebabkan kekeliruan yang kulakukan..Ampunilah aku… Lindungilah perjalanan pulangku… Janganlah kau jadikan diri aku sasaran malapetaka..

Menyuci hati
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmatMu dan berikanlah aku petunjukMu..
Bersihkan hatiku daripada fitnah, wahai Pengasih kepada hamba yang beriman..

Mohon amalan dan permintaan diterima
Ya Allah, penuhkan hidupku dengan amalan dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang yang meminta..

Istimewa di bulan Ramadhan
Ya Allah, berilah rezeki dan ganjaran Lailatul Qadar kepadaku, ubahkan perkara sukar menjadi mudah, makbulkan permintaan maafku dan hapuskan dosaku..

Mohon rahmat dan keredhaan
Ya Allah, sediakan bagiku sebahagian drpd keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dgn ajaranMu. Bimbinglah aku menuju keredhaanMu yang penuh dengan kecintaanMu..

Berkasih sayang
Ya Allah-berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak2 yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaanMu..

Mohon syurga Allah
Ya Allah, bukakanla bagiku pintu2 syurga dan tutupkan pintu2 neraka. Berilah kemampuan kepadaku untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran..

Mohon kekuatan beribadah
Ya Allah, bantulah aku untuk mengerjakan puasa & ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa2nya & berilah aku zikir untuk mengingatiMu secara berterusan…

((Received SMS collection from Hotlink~Ramadhan 2008))